Bila Waktu Terbaik Bersama Suami Untuk Kehamilan?
Menurut Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr Nurhazinat Mohamed Yunus, memahami proses kehamilan dari awal mungkin boleh membantu ramai wanita merancang dan mengenal potensi mahupun masalah diri.
“Perkara paling utama yang perlu diketahui adalah waktu sesuai untuk mengadakan hubungan kelamin. Jadi, wanita yang sukar hamil dan sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat wajar merancang proses kehamilan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama.
“Mereka perlu tahu bila masa sesuai untuk melakukan seks. Sebab itu saya sarankan kepada kebanyakan wanita supaya mengambil inisiatif, merekod tempoh kitaran haid mereka untuk enam bulan,” katanya.
Bagi yang masih tidak tahu atau keliru, katanya, kitaran dikira bermula daripada hari pertama datang haid terkini sehingga hari pertama haid pada bulan berikutnya.
“Kitaran haid wanita yang normal biasanya antara 28 hingga 30 atau 32 hari. Ada masanya, kitaran haid berubah menjadi pendek atau panjang, melangkaui 40 hari.
“Pilih jumlah hari kitaran haid paling lama dan paling pendek, kemudian masing-masing ditolak dengan 14. Secara purata, tempoh subur wanita biasanya pada hari ke 14 hingga 18 setiap bulan. Jika wanita itu mengalami kitaran haid yang panjang, ovulasi mungkin berlaku antara hari ke 14 hingga 26.
“Berdasarkan kiraan itu, saya cadangkan supaya wanita berkenaan bersama suami setiap dua hari dalam waktu kitaran untuk mendapatkan peluang hamil,” katanya.
Jelas Dr Nurhazinat, tempoh berselang hari bersama suami dalam kitaran yang betul cukup penting kerana telur dibebaskan daripada ovari boleh bertahan antara 12 hingga 24 jam saja.
“Sperma biasanya dapat bertahan lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam uterus dan tiub falopio. Namun bagi wanita, mereka mempunyai tempoh subur terhad, kira-kira enam hari saja. Tempoh itu termasuk lima hari sebelum dan hari berlakunya ovulasi.
“Ini bermakna seks pada masa tepat, sewaktu ovulasi tidak begitu penting. Apa yang utama adalah memastikan anda bersama suami dalam tempoh subur, menggunakan kaedah berselang hari,” katanya.
Cara Untuk meningkatkan kualiti Sperma
Kajian menunjukkan pengambilan dua cawan Kopi sehari dapat meningkatkan kualiti sperma suami seperti berikut;
KENALI TANDA OVULASI
Di samping mengira kitaran haid bulanan, Dr Nurhazinat berkata, wanita juga masih boleh memerhatikan tanda perubahan pada diri untuk mengenal waktu subur.
“Dalam kebanyakan kes, wanita tidak sedar mereka mengalami ovulasi berikutan tidak perasan sebarang perubahan yang berlaku pada diri. Sepatutnya, wanita yang mahu hamil perlu memerhatikan tanda semula jadi yang menunjukkan dirinya sedang menghampiri waktu ovulasi.
“Ini boleh berlaku selepas hari ke 12 (dalam kitaran) atau tiga minggu sebelum haid yang seterusnya. Antara tanda ketara adalah peningkatan rembesan faraj yang jernih dan teksturnya melekit seperti putih telur. Ia biasa berlaku dalam tempoh 72 jam diikuti perubahan suhu badan, rasa tidak selesa pada bahagian perut dan payudara.
“Ketika ini, ketepatan tempoh subur juga boleh dipastikan menerusi kit ujian ovulasi. Kit ini berfungsi mengesan lonjakan hormon peluteinan (LH) yang berlaku antara 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Jika keputusan yang diperoleh positif, mereka disarankan untuk bersama suami dengan kaedah selang hari.
“Seandainya semua kaedah yang disebutkan gagal, pasangan terbabit dinasihatkan datang ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan ultra bunyi bagi mengesan folikel telur serta mendapatkan pandangan pakar,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pengesanan folikel ovari ini biasanya dilakukan kepada wanita yang mengalami kitaran haid yang panjang atau tidak teratur.
“Ujian akan dilakukan pada hari kedua kitaran haid. Pada waktu ini, kantung biasanya bersaiz kurang 10 milimeter (mm). Kemudian, kami akan lakukan imbasan sekali lagi pada hari ke 12, sehingga mendapati saiz kantung mencecah 18 mm ke atas. Ujian ovulasi juga akan dibuat untuk mengesahkan waktu subur.
“Jika semua ujian lancar dan keputusan diperoleh positif, kami akan cadangkan mereka untuk bersama. Bagaimanapun, ada juga ujian ovulasi yang memberikan keputusan negatif. Bagi kes sebegini, kami nasihatkan mereka mendapatkan suntikan untuk merangsang ovulasi,” katanya.
Bagaimana tingkatkan potensi untuk Ovulasi?
Dengan cara meningkatkan Hormon progesterone ia membantu untuk proses reproduktif seperti kitaran haid yang teratur dan Proses ovulasi yang lancar seperti berikut;
Untuk mengandung wanita hendaklah mempunyai paras hormon progesteron yang optimum untuk menampung proses kehamilan.
Mari Ikhtiar bersama kami. Dapatkan Pakej Kesuburan Suami Isteri, Promosi Bulan ini Sahaja --> Natural Progesteron Cream dan Kopi Qooat hanya Rm159, Percuma OPK dan UPT!
Klik link untuk tempahan di Whatsapp --> https://wa.link/kztxk3
Comments
Post a Comment