Kepentingan Hormon Progesterone Untuk Mengandung

Wanita memerlukan hormon progesterone untuk hamil. "Progesterone" daripada perkataan "pro gestasi" iaitu membantu kehamilan. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan wanita mengalami masalah hormon tak stabil di mana badan tinggi hormon estrogen yang bahaya dan membawa penyakit seperti kanser, endometriosis, fibroid, pcos dan banyak lagi.



Untuk mencegah hormon tak stabil wanita digalakkan menjaga pemakanan, mengawal tekanan dan meningkatkan hormon progesterone secara alami iaitu dengan menyapu 1tsp dos krim progesterone dua kali sehari. Krim Progesterone adalah lebih semulajadi berbanding pil sintetik yang memberi kesan pada badan dalam jangka masa panjang. Krim progesterone tiada kesan sampingan dan menaikkan hormon secara alami dari dalam. 











Soalan biasa kami terima..

Sapu je boleh mengandung?

Bukan sapu je mengandung, mengandung haruslah berlaku dengan persenyawaan ovum dari wanita dan sperma dari lelaki. Wanita haruslah mengeluarkan benih yang sihat untuk disenyawakan menjadi janin. Bagaimana benih atau ovum ini hendak MATANG dari ovari jika hormon seseorang wanita itu rendah atau tidak seimbang? Ramai wanita mengadu MASALAH UTAMA mereka gagal hamil adalah kerana tiada hari subur, tidak tahu hari subur atau tiada proses ovulasi berlaku kerana masalah hormon tak seimbang seperti pcos, cysts, fibroid, endometriosis dan lain2. 

Di sinilah NPC memainkan peranan pada proses reproduktif wanita dengan meningkatkan hormon agar ovari dapat mengeluarkan telur yang matang semasa hari ovulasi untuk disenyawakan oleh sperma. Tanpa telur yang matang dikeluarkan oleh ovari semasa hari subur, bagaimana hendak mengandung? Setelah mendapat hari subur yang tetap, potensi untuk hamil semakin tinggi apabila bersama suami, dan suami dan mensenyawakan ovum yang tercetus dari ovari semasa proses ovulasi. 

Fungsi NPC adalah membantu potensi kesuburan meningkat dengan membantu penghasilan ovum yang matang dari ovari supaya wanita mengeluarkan telur untuk disenyawakan sperma. Selain itu NPC membantu menyihatkan tiub falopio dan pintu serviks laluan sperma dan ovum untuk bertemu agar persenyawaan dapat berlaku. NPC juga membantu untuk menebalkan dinding rahim selepas ovulasi berlaku supaya proses implantasi janin pada rahim dapat berlaku dengan lancar. Wanita kena tahu bahawa dinding rahim hendaklah sekurang-kurangnya setebal 10mm untuk implantasi berlaku. Jika dinding rahim nipis, ovum yang telah disenyawakan tidak dapat menempel dan wanita tersebut akan mengalami haid seperti biasa. NPC membantu semua proses pembiakan ini dari hari pertama haid sehingga wanita hamil dengan cara meningkatkan hormon progesterone dari dalam.

Kelebihan Krim hormon berbanding pil adalah aplikasi hormon melalui kulit LEBIH PANTAS meresap dari pil hormon yang perlu ditelan, dihadam dan dicernakan dulu sebelum kesan hormonnya sampai pada sistem badan.



 Apa yang berlaku selepas sapuan krim?"

"Selepas sapuan, hormon progesterone akan meresap dalam darah dan digunakan untuk  
● matangkan telur bagi ovulasi, 
● tebalkan dinding rahim
● suburkan dinding rahim agar mudah janin melekat (implantasi)
● rawat jangkitan kuman di tiub,
● rawat keputihan dari dalam
● Cegah simptoms PMS
● Merawat senggugut
● Bantu pintu serviks tertutup,
● Cegah ketumbuhan & cysts,
● Cegah sel kanser merebak,
● Kuatkan pertumbuhan tulang
● Bantu mudah tidur
● anti depressan
● tampung sepanjang kehamilan untuk mengelakkan keguguran 
dan berpuluh lagi fungsi kewanitaan lain. 

Kan senang tak payah susah2 telan pil hormon dah, sebab sapuan melalui transdermal lebih pantas meresap ke dalam darah untuk fungsi reproduktif!

Kami adalah satu-satunya pembekal Krim Progesterone yang selamat dan bebas dari bahan merbahaya di Malaysia. Hubungi 018-3569784 untuk tempahan!

Comments