10 Tips Untuk Hamil!


 Sepanjang tempoh kami berurusan dengan pelanggan, kami telah temui wanita dari pelbagai latar belakang hidup mengalami masalah kesuburan dan sukar hamil. Namun, kami dapat merangkumkan majoriti masalah utama semua wanita ini adalah HORMON TAK STABIL. Lantas apabila wanita-wanita ini membetulkan gaya hidup dan mengimbangkan kembali hormon, rata-rata mendapat positif UPT dalam masa 1-3 bulan. 


Pasti ramai yang ingin tahu apakah yang dilakukan berbeza oleh mereka yang meningkatkan potensi hamil? Mari lihat tips yang dikongsikan di bawah:

10 CARA UNTUK HAMIL

Ovulasi adalah salah satu faktor utama dalam kesuburan. Setiap wanita (haid normal) mempunyai kira-kira enam hari dalam kitaran haid yang dipanggil waktu subur. Ketika ini, peluang untuk hamil lebih tinggi.

Jika seseorang itu mempunyai masalah untuk hamil, haid tidak tetap atau tidak dapat bersama suami dengan kerap, penting untuk mengetahui tempoh subur dirinya. Untuk mengetahui cara kira waktu subur yang betul boleh baca di sini : OVULASI. 

Bagaimanapun, menetapkan masa untuk seks supaya berlaku pada hari yang subur boleh membuatkan wanita lebih tertekan. Yakinlah seks yang kerap sepanjang kitaran haid sudah cukup untuk meningkatkan peluang hamil.

Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan bagi pasangan yang sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

1. Pastikan berat bersesuaian dengan ketinggian. Cuba kira BMI (body mass index) anda. Pastikan BMI berada dalam lingkungan 19 hingga 24. Sekiranya terlalu kurus atau mempunyai berat badan berlebihan, ia boleh mengurangkan tahap kesuburan anda.

2. Amalkan gaya hidup sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan. Cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

3. Lakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa bosan. Perlu diingat bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan posisi seks tertentu boleh meningkatkan kadar kehamilan.

4. Perhatikan diet anda. Pastikan anda mengambil makanan seimbang. Lebihkan hidangan tinggi serat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning, oren atau merah). Pastikan anda mengambil sumber protein dan kalsium.

5. Ambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Asid folik boleh membantu meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

6. Ketahuilah waktu subur. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Ketahui waktu subur untuk meningkatkan peluang hamil. Muat turut aplikasi bersesuaian di telefon bimbit dan kemas kini mengikut keperluan. Ada banyak aplikasi yang memaparkan kalendar dan berupaya membantu anda mengira waktu subur tanpa perlu bersusah payah mencatat nota di kertas.

7. Elakkan atau kurangkan kopi. Cuba tukar kepada teh hijau yang mengandungi antioksidan dan elok untuk meningkatkan kesuburan.

8. Sentiasa kekal positif. Cuba kurangkan tekanan. Amalkan zikir dan rutin kecergasan bersesuaian.

9. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat. Bawa sekali catatan kitaran haid untuk rujukan.

10. Amalkan Krim Progesterone (Natural Progesterone Cream) yang mengandungi hormon progesterone dan amalkan dua kali sehari dapat meningkatkan kadar hormon kesuburan yang rendah dalam wanita yang mengidap masalah hormon tak stabil. 

Untuk Info Lanjut tentang Krim Progesterone boleh hubungi kami di 018-3569784, Berikut adalah gambar bayi-bayi oleh wanita yang telah berjaya bersalin setelah mencuba Krim Progesterone:






















Comments